Translate

Saturday 13 July 2013

sakit gigi

salam sejahtera semua,..
berbicara tentang sakit yang boleh menyebabkan gangguan emosi, dengan tekanan persaan tak lain dan tak bukan sakit gigi ler.. seksa betul.. tujuan abu nak cerita kat sini sebab dalam berpuasa ni, dah dua hari abu saket gigi, azabnya tuhan saja yang tahu,.. bulan-bulan posa ni takleh nak mkn ubat.,. mari kita berbincang isu penyelesaian nak kurangkan sakit gigi tanpa makan ubat.

obat moden

sebelum kita berbicara pasal ubat tradisional, kita cer dulu ubat moden. kalau ikut yang dijual dan diisytihar sebagai ubat herba yang mana dimonopoli oleh hurix, tetapi kalau kita ke kedai ubat cina, mereka akan memberi ubat herba yang tak kurang hebatnya. kalau ubat moden antara ubat penahan sakit yang popular adalah mefenamic acid, safrosyn s, pontalon, sunprox, dan lain-lain.. bagi pesakit gigi tegar yang segan nak cabut gigi, kena la biasakan diri dengan ubat-ubat dan mengenali yang mana bersesuaian dengan diri masing-masing. 
untuk maklumat semua, kalau baru je mula sakit gigi, bergantung kepada keadaan sakit, ubat penahan sakit skala sederhana yang boleh dilantak adalah mefenamic acid dan safrosyn s. selalunya bile kita g klinik gigi, doktor akan sertakan dengan ubat bengkak, dan yang popular dimenangi oleh papain. dua  jenis ubat ni yang selalu diterima bila kita ke klinik gigi. kalau yang kuat pontalon dengan sunprox, sampai gastrik abu kena ngan sunprox tuh.. tak ambik dah lepas kena skali dulu. antibiotik, cuma akan diberi kalau sakit gigi tu dah 3 hari ke atas sebab selalunya gusi dah bernanah. huu sadis tul sakit gigi ni.

obat tradisional

antara petua melayu lama kita kalau nak diikutkan terlalu banyak, antaranya kumur dengan air garam suam, air suam, tuam dengan ais, tuam dengan kain panas, letak bam, bunga cengkih. sebut bunga cengkih, cengkih ni dapat membantu mengebaskan saraf untuk seketika, nak lagi mujarab tumbuk barang 4 ke 5 bunga cengkih dicampur kedalam air garam suam, kumur dan biarkan seketika di dalam mulut untuk obat tersebut meresap. insyaallah sakit berkurangan serta merta, dan dia akan mai balik kalau tak reti diam asyik cakap xberenti lagi cepat dia mai balik. kalau yang diam tu boleh la bertahan sehingga 5 jam dan insyaallah hilang terus. peringatan, jangan kedekut garam. lagi banyak lagi bagus. hmm tu je nak cerita nak buat luahan perasaan sakit gigi hmm..
 

Wednesday 10 July 2013

baja tumbuhan yang terbaik

 Ramadhan

salam sejahtera semua,
hari ni hari pertama kita berposa, selamat berposa diucapkan kepada semua viewers. semoga kita semua berada di bawah lindunganNya. selamat menjalani puasa dan memperbanyakkan ibadah kepadaNya.

Baja

bagi semua pekebun, pembajaan tumbuhan adalah amat dititik beratkan kerana sumber nutrien dari pembajaan amatlah mempengaruhi pertumbuhan pokok dan hasil buah mahupun pembungaan yang cantik. setelah membuat eksperimen melalui baja organik (biji), sebatian (biji), sebatian (air), dan baja organik yang paling murah perut ikan/buangan basuhan ayam. 
bagi penggunaan baja organik biji mahupun air, seeloknya lakukan penyelidikan tentang kadar nutrien yang diperlukan oleh setiap jenis tumbuhan yang kita tanam untuk mengelakkan baja tersebut merosakkan tanaman kita. baja organik bersifat panas terhadap tumbuhan yang mana penggunaan berlebihan akan mengakibatkan tumbuhan menjadi pasif@malu nak mengeluarkan pucuk baru dan berbunga/berbuah dan mengakibatkan kadar kematian yang agak tinggi. untuk tumbuhan berakar serabut, penggunaan baja organik biji adalah sekitar setengah sudu teh bagi tanaman di dalam pot/polibag/pasu kecik. bagi tanaman di atas tanah penggunaan baja adalah sekitar 1 sudu besar kerana pokok-pokok akan bersaing untuk merebut nutrien.
baja sebatian biji pula mempunyai banyak kategori. satu jenis untuk pertumbuhan pokok dan sejenis lagi untuk pembungaan/penggalak buah. baja tumbesaran pokok selalunya akan tertulis 12:12:12. di supermarket, pengilang selalunya telah membuat sebatian samaada 12:12:15 atau 15:15:17 bagi memudahkan pekebun menggunakan hanya satu jenis baja untuk pembesaran pokok dan untuk pembungaan@pembuahan pokok. baja-baja tersebut kurang efektif. untuk hasil yang terbaik, dapatkan baja tumbesaran dan baja pembungaan dan pembuahan dari nursery atau kedai peladang. dapatkan baja sebatian 12:12:12 untuk pembesaran pokok dan baja 15:15:15 untuk penggalak buah.
untuk pengetahuan semua, baja terbaik untuk pokok-pokok kita adalah air basuhan ikan dan perut ikan dan buangan basuhan ayam seperti lemak, limpa dsb. seperti pokok cili dan pokok strawberi, air perut ikan dan perut ikan memberikan hasil yang sangat baik samada untuk pembesaran pokok mahupun untuk pembuahan pokok. dengan baja tersebut, kita tidak perlu risau walaupun disiram air ikan setiap hari. masalah dengan penggunaan perut ikan adalah kuceng-kuceng akan berkeliaran untuk merebut baja-baja tersebut, jadi penyelesaian tanam berhampiran pokok dan letak batu di atas untuk mengelakkan si kuceng dapat mengorek kembali perut ikan tersebut.
untuk pokok bunga, air sabun basuhan kain amat berharga, ia akan membuatkan pokok kita tidak berhenti berbunga. terutamanya peminat ros, siram secebok/segayung seminggu sekali akan memberikan anda hasil pokok dan bunga yang terbaik. coba dulu anda tidak perlu membazirkan duit untuk membeli baja sebatian yang kurang efektif terhadap tumbuh-tumbuhan anda.
pokok kari kekurangan baja

pokok strawberi yang gemok sebab baja perut ikan

pokok strawberi yang kekurangan baja

gambar sekadar hiasan.. haha

Sunday 30 June 2013

memanceng

salam sejahtera semua,.. abu telah berkunjung ke jeti wak sempuh dan kelong nazri di sepang pada minggu lalu. hari ni kita akan bercerita sedikit pasal memancing nih..

Jeti Wak Sempuh

terletak di jalan bagan lalang, untuk yang baru pertama kali nak kesana sampai bagan lalang tanya org pasal jeti ni tersorok dan signboard ada kt depan jeti saja,,... hahaha abu sendiri pon sesat.. abu ke sana saja untuk suka-suka kononnya nak berjiinak dengan sukan memancing ni. 
sebelum ke sana, abu ada menjenguk ke blog-blog yang boleh tergugle, terima kasih ye encik google. tengok hasil-hasil ikan tidak mengecewakan. dengan bayaran RM4/jjoran, abu pon melabuhkan umpan di sana. abu cuma bawak umpan ikan kembong ngan udang mati. hasil pertama oleh sahabat abu, telah berjaya menaikkan anak belut,.. haha kami arwahkan belut tersebut dan dijadikan umpan. tapi malang ikan lain pon xmau makan.. liat gamaknya.. sudahnya, belut tersebut menjadi santapan kucing yang setia menemani kami dari kami sampai.
hasil dari joran abu, abu dapat menaikkan seekor ketam dan seekor ikan yang saiznya sebesar penampar budak darjah 2.. setelah seharian kami di sana, hanya itu rezeki kami.
jiran kami melaburkan duit dengan membeli umpan udang hidup dengan harga RM0.50 seekor malangnya tiada hasil berjaya dinaikkan. menurut kata, kalau nak memancing di laut@muara ni kena tengok hari dan masa, pasal kalau masa iar pasang besar dan bergelora, ikan kurang. kebetulan kami pergi air pasang besar, selebihnya begantung dari kurnia Allah yang Esa.
las2 kami balik makan megi ikan.. sodap gak

Kelong Nazri

sehari selepas ke jeti wak sempuh, kami mencuba ke kelong nazri pulak kat area golden palm resort. seorang RM40 nak duduk lama mana ikut suka.. nak pergi ke kelong ada shif, shif pagi seawal jam 8, shif kedua pukul 2, shif last bergantung pada orang malam(orang yang memancing shif malam) sehingga selewat jam 8.30 malam. jadi kalau nak balik, nak order makan, time tula bot akan sampai kat kelong
di kelong tersedia bilik, bekalan air bersih, elektrik dari generator dan tempat memasak. barang masak bawak sendiri. antara penghuni tetap di sana adalah buntal, dan todak.. itulah yang paling banyak stok kat situ. spesis lain yang mengunjungi ketika air sedang pasang dan ketika air sedang surut adalah pari, siakap, kerapu, jenahak, daun baru, dan abu bawak naik yu pasir(lepas balik pasal takde yang sanggup nk mkn).
jadi kisahnya, ikan lebih galak makan pada shif malam, elakkan air pasang besar, cek dulu carta air pasang surut sebelum  berkunjung ke sana. kalau air pasang besar, kita nak mancing pon payah, tali berjalan..

itulah sedikit sebanyak kisah abu di sana. untutk tali pancing kadar yang di cadangkan maksimum 50 paun, mata kail saiz 1 atau 1/10. batu bergantung pada air hari tu abu guna saiz 7 ngan 8. umpan, ikut nasib, haritu umpun-umpun ikan tak sentuh langsung. bagi sekor, angkat naik sekor jugak, udang biasa la rebutan ikan-ikan kecik jadi selalunya yang dapat kulit udang balik.. isi ikan ni banyak peminat, ikan-ikan besar kena la bersaing dengan ikan-ikan kecik..
yang lain bergantung pada nasib dan rezeki

Monday 17 June 2013

Anggur

Anggur adalah pendatang baru yang telah mendapat tempat dan mula dikomersialkan di Malaysia. Ladang Anggur terbesar di Malaysia adalah di tasik beris sik kedah. Mereka juga telah membuat ladang kedua juga di sik di Kg sungai senam.
Bagi kita anggur adalah satu tanaman yang hanya hidup di tempat sejuk sedangkan walaupun di luar negara, anggur mengeluarkan hasil pada musim panas dan pengeluar anggur untuk makan adalah dari timur tengah dan eropah. di negara-negara mat saleh, mereka mengkomersialkan anggur untuk pembuatan wain di mana ia adalah berbeza dari anggur yang kita makan. anggur wain mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi di mana ianya penting ketika menjalani proses penapaian wain. 
Di eropah, mereka menuai anggur wain pada musim sejuk/salji kerana gula yang membeku di dalam buah memberikan kualiti wain yang jauh lebih baik yang di tuai ketika musim panas.
berbalik kepada anggur di malaysia, antara jenis anggur yang diimport adalah sugaron, autumn royal, red seedless, black raisin di mana di supermarket telah dilabelkan seperti anggur australia, anggur us, dan lain-lain sedangkan pasaran asal adalah dari thailand dan china.
walaupun telah dikomersialkan di Malayasia, ladnag tersebut masih tidak dapat menampung permintaan pasaran di malaysia dan hanya sejenis anggur yang mengeluarkan hasil dengan banyak di sana. anggur hitam mengeluarkan hasil yang sedikit mungkin disebabkan faktor tanah dan cuaca di sana.
banyak kaedah boleh digunakan untuk pembiakan anggur dan cara yang paling mudah adalah melalui keratan batang.
melalui kaedah ini anak anggur akan mengeluarkan pucuk baru dalam tempoh 2 minggu. setelah pokok membesar, anggur harus dipangkas kerana anggur adalah spesis yang mengalami mabuk daun yang kuat kerana jika tidak dipangkas, hasil buah berkurangan di samping buah juga tidak membesar.
pembajaan anggur adalah mudah kerana boleh menggunakan baja pembesaran sebatian yang banyak terjual di malaysia. selalunya, hasil anggur mula diperolehi selepas 2 tahun ditanam.

Thursday 13 June 2013

stu/stew

salam semua, hari ini kita akan membincangkan tentang stu. Stu mula diperkenalkan di Malaysia oleh pendatang samada dari variasi Chinese ataupun English. Abu akan membuat sedikit review tentang stu mat saleh ini.
bagi abu, stu adalah masakan bagi orang yang kurang berkerajinan untuk memasak kerana asas stu hanyalah mencincang kasar dan mencampakkan ke dalam periuk@ tray sebelum dibiarkan di dalam oven untuk tempoh paling kurang 1 setengah jam.
bahan untuk stu juga tiada batasan. terpulang kepada selera kita dan bagaimana mahu memperasakan stu kita.

Bahan asas stu
 ayam@daging@tulang
Bawang putih
bawang merah
bawang besar
kentang
saderi

Cara-cara (1 hidangan)
5-8 ketul ayam@daging
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 batang saderi
1 batang lobak merah
1 biji tomato
stok ayam atau kiub pati ayam ( di Malaysia ni agak payah nk jumpa ready made chicken stock.. hmm)

untuk herba
lada hitam secukup rasa
thyme
bay leaf
paprika
daun ketumbar
cayenne pepper

dan herba juga tiada batasan mengikut citarasa kita

1. panaskan 4 sudu minyak zaitun dan goreng ayam sehingga keperangan
2. kisar satu ulas bawang putih, bawang merah, tomato dan sebiji bawang besar
3. Cincang kasar bahan-bahan selebihnya dan mmasukkan kedalam periuk
4. setelah ayam keperangan, masukkan ayam kedalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. tutup periuk dengan kerajang aluminium@aluminium foil dan lubangkan sedikit dengan garpu untuk membenarkan stim keluar.
5. masukkan kedalam oven pada 200 darjah selama 2jam.



Wednesday 12 June 2013

cerita dunia di mataku: roti lagi

cerita dunia di mataku: roti lagi: hari ni abu bt roti lagi pasal esk nk berposa.. jadi hari ni sempat abu ambik gmba.. sila la tengok ye semua. campuran selepas diuli ...

roti lagi

hari ni abu bt roti lagi pasal esk nk berposa.. jadi hari ni sempat abu ambik gmba.. sila la tengok ye semua.

campuran selepas diuli

doh yang telah naik

doh naik kali kedua dan terus di bakar

selepas 30 minit @ 180 selsius

gambar dari atas

Monday 10 June 2013

cerita dunia di mataku: STRAWBERI DI RUMAH

cerita dunia di mataku: STRAWBERI DI RUMAH: Salam sejahtera. hari ini baru admin berkesempatan untuk upload post baru kerana admin agak sibuk dengan kehadiran orang baru di dalam kelu...

cerita dunia di mataku: Roti

cerita dunia di mataku: Roti: Hari ini kita akan membincangkan makanan mat saleh yang telah mendapat tempat di negara kita. Sungguhpun makanan melayu juga mempunyai jeni...

cerita dunia di mataku: ROTI BENGGALI

cerita dunia di mataku: ROTI BENGGALI: loaf yang telah di potong Salam semua. Hari ini Abu nak berkongsi dengan semua tentang roti benggali yang  Abu buat semalam. Roti yan...

ROTI BENGGALI


loaf yang telah di potong
Salam semua. Hari ini Abu nak berkongsi dengan semua tentang roti benggali yang  Abu buat semalam. Roti yang amat mudah untuk di buat dan dikategorikan sebagai failproof.


Bahan-bahan (1 loaf)

2 cawan tepung roti@high protein

2 sudu gula

secubit garam

1 sudu shortening

1 sudu bread softener

1 sudu yis

1 cawan air suam@susu

cara-cara

1. masukkan gula, garam, dan yis kedalam air suam.
2. Campurkan tepung bersama-sama shortening dan bread softener dan gaulkan hingga sebati.
3. Setelah yis mengembang, masukkan campuran yis ke dalam campuran tepung dan mula menguli sehingga doh tidak melekit pada besen.
4. tutup besen dengan kain basah untuk tempoh satu jam bagi proses proofing.
5. Selepas 1 jam uli doh sekali lagi dan masukkan ke dalam acuan roti. (sekiranya kita tidak mahu membuat loaf, doh juga boleh digunakan untuk membuat roti berinti mengikut kesukaan masing-masing.
6. Biarkan doh naik sekali lagi dalam tempoh setengah jam-45 minit dan bakar di dalam oven pada suhu 190 celcius untuk 30 minit.

 Di sini Abu sertakan gambar loaf yang tengah bakar dan dah siap sahaja kerana gambar untuk campuran tepong dengan yis dan proses menguli jurukamera dalam pantang.. hehe. selamat mencuba
loaf masa tengah di bakar
loaf baru keluar oven

Sunday 2 June 2013

Roti

Hari ini kita akan membincangkan makanan mat saleh yang telah mendapat tempat di negara kita. Sungguhpun makanan melayu juga mempunyai jenis roti atau lebih dikenali sebagai lempeng ataupun di kampung admin "peknga".
Berbeza dengan lempeng, roti mat saleh terdapat bahan tambahan untuk proses proofing dan udara tambahan bagi tekstur roti yang lebih lembut.
Roti amat mudah di buat dengan keseluruhan masa minimum 2 jam untuk doh dan masa membakar adalah selama 30-45 minit. Untuk makluman semua, berbanding membeli roti yang telah siap, kita boleh menyediakan roti yang lebih sihat untuk santapan sendiri dan keluarga.

Tepung

Di Malaysia sekarang, banyak tepung roti yang telah diimport dan dijual samada di kedai peralatan kek mahupun di pasaraya. Jenis tepung pula banyak yang telah diperkenalkan.
Kebanyakan kedai kek hanya menyediakan dua jenis tepung untuk membuat roti iaitu high protein flour dan bread flour dengan purata harga RM3/kilo. Di pasaraya seperti Jusco dan Cold storage, menyediakan lebih banyak jenis tepung seperti tepung organik yang tidak di lunturkan, wholemeal, dan plain bread flour. Jenis lain yang dapat dilihat adalah dikisar dengan mesin dan dikisar secara tradisional tanpa bahan pengawet. Bagi jenis organik, harga minimum yang boleh kita perolehi adalah lingkungan RM10/kilo.

 Yis

Yis atau ragi satu bahan penting untuk membuat roti. Yis membantu doh kita dengan memberi sedikit rasa dan membantu memerangkap lebih udara untuk memberikan tekstur kepada roti kita.
Yis juga mempunai banyak jenis dan lebih mudah kita menggunakan mauripan yis kerana kebanyakan yis yang dijual di kedai kek dan pasaraya tidak memberikan hasil yang baik mungkin berada di rak terlalu lama.

 Asas

Bahan asas

Tepung   500g
yis         11g
gula       3tbs
secubit garam
susu@ air suam 350ml

bahan tambahan
1tbs bread softener
1tbs shortening

cara-cara membuat

1. Ambil air suam dan masukkan yis serta gula kedalam satu bekas untuk melihat yis hidup ataupun tidak.
2. Sediakan besen sederhana untuk menguli doh. Masukkan tepung bersama-sama dengan shortening dan bread softener dan gaul dengan tangan sehingga sebati.
3.  Setelah yis mengembang, masukkan semua bahan-bahan kedalam besen dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. sekiranya doh kelihatan kering, tambah air untuk mengimbangi kelembapan doh.  masa menguli bergantung iaitu lebih kurang 15-25 minit.
4. Setelah doh tidak lagi melekit, ambil tuala lembap dan tutup permukaan besen dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Selepas satu jam,  uli doh sekali lagi dan masukkan kedalam acuan. Selepas itu, biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang sejam lagi.
6. Selepas 1jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-220 c selama 35 minit.

Roti yang telah siap boleh didmpan didalam peti sejuk sehingga 1 bulan. Balut roti dengan clear wrap atau masukkan  kedalam bekas kedap udara.
Untuk panaskan roti semula, letakkan sedulang air ke dalam ketuhar dan letakkan roti di atas jaring. Panaskan roti dengan suhu 220c selama 10-15 minit.  

     

Saturday 1 June 2013

STRAWBERI DI RUMAH

Salam sejahtera. hari ini baru admin berkesempatan untuk upload post baru kerana admin agak sibuk dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga. Hari ini kita akan menyambung kembali cara penanaman strawberi di rumah bagi menyangkal bahawa pokok serabut ini hanya hidup di kawasan beriklim rendah.
Entry pertama dahulu admin telah berhenti di bab medium tanaman. hari ini kita akan berbincang tentang pembajaan dan pemangkasan pokok.

pokok yang dipangkas lebih mudah mengeluarkan sulur pokok dan berbunga

anak strawberi berusia 1 bulan setengah

cara paling mudah untuk penanaman strawberi


Pembajaan

Ketika mula di beli, admin dibekalkan dengan baja air untuk pembajaan strawberi oleh peladang tetapi setelah hampir setahun, baja air tersebut kurang memberikan hasil disamping pokok yang lambat membesar. setelah itu admin menggantikan baja air dengan baja sebatian 12:12:12 untuk pembesaran pokok dan baja sebatian 15:15:15 untuk penggalak buah. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan dengan sukatan lebih kurang setengah sudu teh.
Untuk pengetahuan semua, baja sebatian sangat kuat/panas dan akan menyebabkan pokok mati sekiranya overdose hihihih. Tambahan lagi, baja organik adalah baja terbaik untuk pokok strawberi untuk memperlihatkan hasil yang maksima.

Pengairan

Pokok strawberi memerlukan air yang banyak untuk hidup tetapi tidak boleh disiram berlebihan kerana ini akan meyebabkan akar pokok masam dan akan menyebabkan pokok mati disamping serangan kutu akar.
pokok strawberi harus di siram 2 kali sehari dengan kuantiti air lebih kurang secawan bagi setiap pokok. sekiranya hendak meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama seperti seminggu, siram pokok dengan air yang banyak dan letakkan pokok diibawah cahaya matahari penuh.

Pokok strawberi hendaklah diletakkan dibawah cahaya matahari penuh untuk mendapat hasil yang maksima. Pokok strawberi tahan cuaca panas dan tidak perlukan peneduh. untuk penanam strawberi, kesabaran amatlah diperlukan sehingga pokok matang setelah itu penjagaan hanyalah pada pembajaan dan pemangkasan.

Pemangkasan

Daun pokok harus dipangkas setiap bulan. Pokok strawberi tidak akan mengeluarkan buah dengan kuantiti daun yang banyak. Penyakit mabuk daun yang dihadapi oleh pokok strawberi boleh dielakkan dengan menetapkan bilangan daun pada pokok lebih kurang 9 daun maksima pada pokok. kekerapan memangkas akan memberikan anda kekerapan sulur bunga dan anak pokok dengan kerap.




buah telah masak hari ini

strawberi di atas rak tengah panas

\

Sunday 26 May 2013

petua

Salam sejahtera. Hari ini kita akan berkongsi amalan tua sebagai pengetahuan bersama.

Pening Kepala

Kerapkali pening@sakit kepala mengganggu kehidupan kita sama ada faktor cuaca, keadaan seperti stress mahupun penyakit seperti migrain. Sakit kepala kronik akan membuatkan kita bergantung harap pada perubatan moden. Walaupun kesan sampingan ubat moden seperti ponstan dan paracetamol mahupun ibuprofen telah kita ketahui dimana kesan paling ketara adalah kegagalan ubat tersebut mencerna di dalam sistem tubuh akan membuatkan kita menempah satu lagi penyakit baru apabila badan kita gagal bergandingan dengan ubat-ubatan tersebut.
berbalik kepada amalan tua, antara remedi yang boleh dijadikan amalan adalah limau nipis. hanya potong dan perah jus limau nipis ke kepala boleh mengurangkan kesakitan di samping menurunkan suhu tubuh. selain itu, penggunaan tumbuhan berkanji seperti daun lidah buaya, bunga raya putih, asam jawa dan duri tujuh dapat membantu mengurang dan penyembuhkan kesakitan jika dibuat berulangan. Cara guna adalah amat mudah dengan hanya meramaskan tumbuhan-tumbuhan tersebut bersama campuran air dan melumurkan ke kepala.
perlu diingatkan, sebelum kita membuat penawar tradisional, adalah amat digalakkan kita memeriksa kesihatan kita bagi memastikan penawar yang kita ambil bersesuaian dengan penyakit yang kita hadapi. Sekian kita akan bersambung pada entry yang berikut

petua

Amalan Tua

salam sejahtera. maafkan aku kerana lambat update post... Kedatangan rezeki dari Pencipta membuatkan aku sibuk seketika. Amalan orang tua-tua tidaklah wajar kita lupakan walaupun perubatan moden telah mendominasi dunia, tetapi amalan tua masih dapat memberikan kita harapan dikala kecemasan.

ehsan en Google

Sakit Perut

Sesuai untuk semua golongan, untuk mengubati sakit perut kronik akibat salah makan, kembung perut, cirit birit mahupun sembelit. ambil minyak gamat ataupun minyak panas, sapukan pada perut betis kemudian lakukan urutan dari belakang kepala lutut menghala ke buku lali sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Rasul-Allah S.A.W.  Lakukan urutan sekurang-kurangnya 5 minit dan ulangi lagi sekiranya masih terasa sakit.
Amalan ini sangat sesuai untuk dilakukan kepada anak-anak kecil mahupun bayi kerana amalan ini sememangya telah terbukti dari cahaya mataku sendiri yang telah ku buat dari bayi sehingga sekarang setiap kali selepas mandi.
untuk urutan pada perut, ibu bapa harus mempelajari cara urutan yang betul kerana mengurut tanpa teknik yang betul akan lebih memburukkan keadaan. untuk urutan pada perut, saya tidak dapat terangkan disini kerana teknik tersebut memerlukan latihan amali.
Perlu diingatkan, sekiranya kesakitan tidak berkurangan, rujuklah pada doktor kerana kita tidak mengetahui punca kesakitan anak kita jika mereka mengalami keracunan makanan. Kita hanya berikhtiar dan kepadaNyalah kita bertawakkal.
sekian sampai di sini kita akan berbincang perkara baru di entry selanjutnya.

Thursday 23 May 2013

Bersalin

Hari ini semalaman aku bersama yang tersayang di Hospital Putrajaya menunggu ketibaan cahaya mata keduaku... Debaran memang terasa dengan isteriku terpaksa di induce sebab dh overdue 6 hari.. Xbyk yg dpt diceritakan.. Hanya doa dan tawakal didalam dada..

Wednesday 22 May 2013

STRAWBERI

Minatku terhadap pokok berakar serabut ini timbul setelah aku pergi ke Cameron Highland pada tahun 2012. Minat ini timbul setelah aku ketahui banyak jenis yang di tanam di sana dan bukan hanya satu jenis. pada mulanya aku terpedaya dengan khabar angin mengatakan yang buah strawberi yang di makan di atas manis dan akan berubah menjadi masam setelah dibawa pulang. Jadi perjalananku ke sana tidak pernah aku membeli strawberi.
setelah aku berkahwin dan membawa keluargaku makan angin di sana, dan setelah aku melawat ke Healthy Strawberry Farm yang terletak di daerah brincang, telah membuka mataku. Aku mula menjalankan eksperimen sendiri untuk membiakkan baka strawberi di rumahku yang terletak di Seri Kembangan.
Dua percubaanku yang pertama gagal, anak strawberi cuma mampu bertahan selama 3 bulan dan setelah itu mula mati. aku tidak berputus asa dan terus mencuba supaya pokok ini boleh hidup di kawasan beriklim panas. percubaanku berhasil setelah percubaan ketiga dan aku berjaya mengenal pasti masalah yang timbul mengapa pokok-pokok aku mati.

Jenis Strawberi

Aku mulakan eksperimenku dengan strawberi variety dari jenis Holland dan Korean. untuk pengetahuan semua jenis Holland adalah lebih tahan lasak dan mudah hidup di kawasan beriklim panas dan tidak perlukan perhatian yang ekstrem. berbanding Korean, jenis ini agak manja dan mudah "pendek Umur" sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Jenis Holland juga mempunyai berjenis jenis klon antaranya jenis satu sulur satu buah dan jenis satu sulur banyak buah.
baka Holland satu sulur satu buah

baka Holland satu sulur satu buah-pokok matang
Bagi baka Korean, yang terdapat di Healthy Strawberi Farm hanya satu jenis iaitujenis satu sulur banyak buah.
baka Korean- Pokok muda

bunga baka Korean

putik buah Korean

lagi dari jenis Korean.
Pada hari post ini diupload, hanya baka korean yang galak berbunga manakala jenis Holland baru mengeluarka sulur (akan diupload setelah mereka berbunga dan berbuah).

Medium Tanaman

Pada permulaan, aku menggunakan medium fertigasi yang dibekalkan oleh peladang strawberi Cameron. setelah sedikit ujikaji dilakukan saya dapati medium fertigasi amat mudah dijangkiti kulat air dan menyebabkan kumbang pemakan akar bermaharajalela pada medium menyebabkan pokok amat mudah mati.
Penyelesaiannya adalah, sekiranya kita membeli pokok strawberi di Cameron ataupun di nursery-nursery, setelah dibawa pulang, tukarkan medium dengan tanah campuran (boleh didapati di nursery) yang dicampur dengan sedikit sabut kelapa. hasilnya anak pokok lebih cepat membesar dan tiada jangkitan kulat yang berlaku.
Tambahan lagi, pokok lebih mudah dijaga dan tidak perlu dimanjakan berlebihan.

 Tanaman

Anak-anak pokok yang baru di bawa pulang hendaklah diletakkan ditempat separa teduh lebih kurang 2 ke 3 minggu sebelum di ubah ke tempat panas sepenuhnya. Untuk pengetahuan semua, pokok strawberi amat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi setelah biasa dengan cuaca di rumah kita.
Pokok strawberi amat mudah membiak. Pokok yang membiak melalui kaedah sulur anak. Pokok strawberi akan mengeluarkan sulur anak setelah anak berumur lebih kurang 3 bulan. Bagi anak pokok yang dibawa dari Cameron, pokok akan mengeluarkan sulur setelah dijaga lebih kurang satu bulan.
sulur muda

sulur yang telah dimasukkan kedalam pasu cambah

 Setelah sulur mengeluarkan bibit akar dengan kadar 3 daun, anak pokok hendaklah dimasukkan ke dalam pasu cambah seperti dalam gambar di atas dan sulur boleh dipotong setelah berada dalam pasu cambah 2 ke 3 minggu. Anak pokok boleh di ubah ke pasu @ atas tanah untuk mempercepatkan pembesaran pokok. Untuk tips selanjutnya, kita akan bersambung di entry yang berikut.

Tuesday 21 May 2013

kebunku

Salam sejahtera semua.. Hari ini hari pertama aku bersama dengan dunia maya. Di entry ini saya mahu memperkenalkan tanaman- tanamanku di sekeliling rumah. Menjadikan pertanian sebagai hobi keluarga sememangnya amat menenangkan jiwa. Di entry-entry selanjutnya akan menceritakan satu persatu tentang taman di rumahku beserta cara penjagaan sebagai panduan pencinta keindahan alam. saya juga berharap kita semua dapat berkongsi maklumat sesama kita.

1. Pokok Pisang

Aku menanam pokok pisang setelah kelahiran anakku yang pertama iaitu Afrina Nazhan. pada mulanya pokok-pokok ini ditanam bagi menanam rambut anakku setelah bercukur (mengikut petua orang-orang  tua, menanam rambut di pangkal pokok pisang boleh menyejukkan anak disamping melebat dan mempercepatkan pertumbuhan rambut anak, Wallahhua'lam). 2 variety yang di tanam iaitu Pisang Abu dan Pisang berangan.

Pisang Abu/Batu

Benih pokok ini mertuaku dapatkan dari rumah saudaraku.(pokok pisang adalah sejenis tumbuhan yang sangat cepat membiak melalui percambahan anak pokok dari induknya).

Penjagaan

Pada permulaan penanaman anak pokok, lubang di korek berukuran 2 kaki x 2 kaki persegi sedalam lebih kurang 1 ke 1setengah kaki dalam. pokok disiram sekali sehari bagi menggalakkan pertumbuhan akar pokok.

Pembajaan

Untuk tumbesaran pokok aku menggunakan baja sebatian 12:12:12 bagi setiap 3 minggu. Baja di tabur sekitar 2 kaki dari pangkal pokok lebih kurang segenggam ke 2 genggam mengikut besar pokok (baja ini boleh didapati di kedai Peladang dan sesetengah kedai peralatan rumah(hardware). ketika pokok menghulurkan jantung, baja sebatian 15:15:15 digunakan untuk mendapatkan hasil buah yang besar. Pembajaan buah dilakukan setiap 3 minggu. Pada ketika ini, baja tumbesaran harus dihentikan.

Pemangkasan daun dan jantung

Daun pokok harus sentiasa diselenggara sekitar sebulan sekali bagi tujuan penggemukan pokok manakala jantung pisang di potong setelah buah berhenti  keluar (akan diupload gambar setelah pisang tersebut berhenti mengeluarkan buah)

*pokok ini adalah generasi ke empat(hehehe sekarang baru nak berjinak dengan internet so yg sebelum ni xsempat nak snap
jantung yang keluar sebesar peha orang dewasa

Gambar Penuh Pisang Abu

Juga di kenali dengan Pisang Batu

Pisang Berangan

 

Pokok Pisang Berangan

Cara penjagaan sama seperi Pokok Pisang Abu tetapi Pokok Pisang Berangan lebih kecil berbanding Pisang Abu.
Sekian, bersambung kita di entry selanjutnya.