Translate

Wednesday 22 May 2013

STRAWBERI

Minatku terhadap pokok berakar serabut ini timbul setelah aku pergi ke Cameron Highland pada tahun 2012. Minat ini timbul setelah aku ketahui banyak jenis yang di tanam di sana dan bukan hanya satu jenis. pada mulanya aku terpedaya dengan khabar angin mengatakan yang buah strawberi yang di makan di atas manis dan akan berubah menjadi masam setelah dibawa pulang. Jadi perjalananku ke sana tidak pernah aku membeli strawberi.
setelah aku berkahwin dan membawa keluargaku makan angin di sana, dan setelah aku melawat ke Healthy Strawberry Farm yang terletak di daerah brincang, telah membuka mataku. Aku mula menjalankan eksperimen sendiri untuk membiakkan baka strawberi di rumahku yang terletak di Seri Kembangan.
Dua percubaanku yang pertama gagal, anak strawberi cuma mampu bertahan selama 3 bulan dan setelah itu mula mati. aku tidak berputus asa dan terus mencuba supaya pokok ini boleh hidup di kawasan beriklim panas. percubaanku berhasil setelah percubaan ketiga dan aku berjaya mengenal pasti masalah yang timbul mengapa pokok-pokok aku mati.

Jenis Strawberi

Aku mulakan eksperimenku dengan strawberi variety dari jenis Holland dan Korean. untuk pengetahuan semua jenis Holland adalah lebih tahan lasak dan mudah hidup di kawasan beriklim panas dan tidak perlukan perhatian yang ekstrem. berbanding Korean, jenis ini agak manja dan mudah "pendek Umur" sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Jenis Holland juga mempunyai berjenis jenis klon antaranya jenis satu sulur satu buah dan jenis satu sulur banyak buah.
baka Holland satu sulur satu buah

baka Holland satu sulur satu buah-pokok matang
Bagi baka Korean, yang terdapat di Healthy Strawberi Farm hanya satu jenis iaitujenis satu sulur banyak buah.
baka Korean- Pokok muda

bunga baka Korean

putik buah Korean

lagi dari jenis Korean.
Pada hari post ini diupload, hanya baka korean yang galak berbunga manakala jenis Holland baru mengeluarka sulur (akan diupload setelah mereka berbunga dan berbuah).

Medium Tanaman

Pada permulaan, aku menggunakan medium fertigasi yang dibekalkan oleh peladang strawberi Cameron. setelah sedikit ujikaji dilakukan saya dapati medium fertigasi amat mudah dijangkiti kulat air dan menyebabkan kumbang pemakan akar bermaharajalela pada medium menyebabkan pokok amat mudah mati.
Penyelesaiannya adalah, sekiranya kita membeli pokok strawberi di Cameron ataupun di nursery-nursery, setelah dibawa pulang, tukarkan medium dengan tanah campuran (boleh didapati di nursery) yang dicampur dengan sedikit sabut kelapa. hasilnya anak pokok lebih cepat membesar dan tiada jangkitan kulat yang berlaku.
Tambahan lagi, pokok lebih mudah dijaga dan tidak perlu dimanjakan berlebihan.

 Tanaman

Anak-anak pokok yang baru di bawa pulang hendaklah diletakkan ditempat separa teduh lebih kurang 2 ke 3 minggu sebelum di ubah ke tempat panas sepenuhnya. Untuk pengetahuan semua, pokok strawberi amat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi setelah biasa dengan cuaca di rumah kita.
Pokok strawberi amat mudah membiak. Pokok yang membiak melalui kaedah sulur anak. Pokok strawberi akan mengeluarkan sulur anak setelah anak berumur lebih kurang 3 bulan. Bagi anak pokok yang dibawa dari Cameron, pokok akan mengeluarkan sulur setelah dijaga lebih kurang satu bulan.
sulur muda

sulur yang telah dimasukkan kedalam pasu cambah

 Setelah sulur mengeluarkan bibit akar dengan kadar 3 daun, anak pokok hendaklah dimasukkan ke dalam pasu cambah seperti dalam gambar di atas dan sulur boleh dipotong setelah berada dalam pasu cambah 2 ke 3 minggu. Anak pokok boleh di ubah ke pasu @ atas tanah untuk mempercepatkan pembesaran pokok. Untuk tips selanjutnya, kita akan bersambung di entry yang berikut.

No comments:

Post a Comment