Translate

Sunday 2 June 2013

Roti

Hari ini kita akan membincangkan makanan mat saleh yang telah mendapat tempat di negara kita. Sungguhpun makanan melayu juga mempunyai jenis roti atau lebih dikenali sebagai lempeng ataupun di kampung admin "peknga".
Berbeza dengan lempeng, roti mat saleh terdapat bahan tambahan untuk proses proofing dan udara tambahan bagi tekstur roti yang lebih lembut.
Roti amat mudah di buat dengan keseluruhan masa minimum 2 jam untuk doh dan masa membakar adalah selama 30-45 minit. Untuk makluman semua, berbanding membeli roti yang telah siap, kita boleh menyediakan roti yang lebih sihat untuk santapan sendiri dan keluarga.

Tepung

Di Malaysia sekarang, banyak tepung roti yang telah diimport dan dijual samada di kedai peralatan kek mahupun di pasaraya. Jenis tepung pula banyak yang telah diperkenalkan.
Kebanyakan kedai kek hanya menyediakan dua jenis tepung untuk membuat roti iaitu high protein flour dan bread flour dengan purata harga RM3/kilo. Di pasaraya seperti Jusco dan Cold storage, menyediakan lebih banyak jenis tepung seperti tepung organik yang tidak di lunturkan, wholemeal, dan plain bread flour. Jenis lain yang dapat dilihat adalah dikisar dengan mesin dan dikisar secara tradisional tanpa bahan pengawet. Bagi jenis organik, harga minimum yang boleh kita perolehi adalah lingkungan RM10/kilo.

 Yis

Yis atau ragi satu bahan penting untuk membuat roti. Yis membantu doh kita dengan memberi sedikit rasa dan membantu memerangkap lebih udara untuk memberikan tekstur kepada roti kita.
Yis juga mempunai banyak jenis dan lebih mudah kita menggunakan mauripan yis kerana kebanyakan yis yang dijual di kedai kek dan pasaraya tidak memberikan hasil yang baik mungkin berada di rak terlalu lama.

 Asas

Bahan asas

Tepung   500g
yis         11g
gula       3tbs
secubit garam
susu@ air suam 350ml

bahan tambahan
1tbs bread softener
1tbs shortening

cara-cara membuat

1. Ambil air suam dan masukkan yis serta gula kedalam satu bekas untuk melihat yis hidup ataupun tidak.
2. Sediakan besen sederhana untuk menguli doh. Masukkan tepung bersama-sama dengan shortening dan bread softener dan gaul dengan tangan sehingga sebati.
3.  Setelah yis mengembang, masukkan semua bahan-bahan kedalam besen dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. sekiranya doh kelihatan kering, tambah air untuk mengimbangi kelembapan doh.  masa menguli bergantung iaitu lebih kurang 15-25 minit.
4. Setelah doh tidak lagi melekit, ambil tuala lembap dan tutup permukaan besen dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Selepas satu jam,  uli doh sekali lagi dan masukkan kedalam acuan. Selepas itu, biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang sejam lagi.
6. Selepas 1jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-220 c selama 35 minit.

Roti yang telah siap boleh didmpan didalam peti sejuk sehingga 1 bulan. Balut roti dengan clear wrap atau masukkan  kedalam bekas kedap udara.
Untuk panaskan roti semula, letakkan sedulang air ke dalam ketuhar dan letakkan roti di atas jaring. Panaskan roti dengan suhu 220c selama 10-15 minit.  

     

No comments:

Post a Comment