Translate

Saturday 1 June 2013

STRAWBERI DI RUMAH

Salam sejahtera. hari ini baru admin berkesempatan untuk upload post baru kerana admin agak sibuk dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga. Hari ini kita akan menyambung kembali cara penanaman strawberi di rumah bagi menyangkal bahawa pokok serabut ini hanya hidup di kawasan beriklim rendah.
Entry pertama dahulu admin telah berhenti di bab medium tanaman. hari ini kita akan berbincang tentang pembajaan dan pemangkasan pokok.

pokok yang dipangkas lebih mudah mengeluarkan sulur pokok dan berbunga

anak strawberi berusia 1 bulan setengah

cara paling mudah untuk penanaman strawberi


Pembajaan

Ketika mula di beli, admin dibekalkan dengan baja air untuk pembajaan strawberi oleh peladang tetapi setelah hampir setahun, baja air tersebut kurang memberikan hasil disamping pokok yang lambat membesar. setelah itu admin menggantikan baja air dengan baja sebatian 12:12:12 untuk pembesaran pokok dan baja sebatian 15:15:15 untuk penggalak buah. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan dengan sukatan lebih kurang setengah sudu teh.
Untuk pengetahuan semua, baja sebatian sangat kuat/panas dan akan menyebabkan pokok mati sekiranya overdose hihihih. Tambahan lagi, baja organik adalah baja terbaik untuk pokok strawberi untuk memperlihatkan hasil yang maksima.

Pengairan

Pokok strawberi memerlukan air yang banyak untuk hidup tetapi tidak boleh disiram berlebihan kerana ini akan meyebabkan akar pokok masam dan akan menyebabkan pokok mati disamping serangan kutu akar.
pokok strawberi harus di siram 2 kali sehari dengan kuantiti air lebih kurang secawan bagi setiap pokok. sekiranya hendak meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama seperti seminggu, siram pokok dengan air yang banyak dan letakkan pokok diibawah cahaya matahari penuh.

Pokok strawberi hendaklah diletakkan dibawah cahaya matahari penuh untuk mendapat hasil yang maksima. Pokok strawberi tahan cuaca panas dan tidak perlukan peneduh. untuk penanam strawberi, kesabaran amatlah diperlukan sehingga pokok matang setelah itu penjagaan hanyalah pada pembajaan dan pemangkasan.

Pemangkasan

Daun pokok harus dipangkas setiap bulan. Pokok strawberi tidak akan mengeluarkan buah dengan kuantiti daun yang banyak. Penyakit mabuk daun yang dihadapi oleh pokok strawberi boleh dielakkan dengan menetapkan bilangan daun pada pokok lebih kurang 9 daun maksima pada pokok. kekerapan memangkas akan memberikan anda kekerapan sulur bunga dan anak pokok dengan kerap.




buah telah masak hari ini

strawberi di atas rak tengah panas

\

14 comments:

  1. sy br membeli sepokok strawberi yg tgh lbt bbuah & bbunga. penjual kata sy kena ltk d tmpt teduh yg tidak kena direct matahari. jd sy ada 2 options. letak di tepi teres rumah & di gantung di dahan pokok jambu. sekarang ni musim hujan. jd bg mengelakkan pokok strawberi terlebih air, sy gantungkan di teres. jika cuaca terang, sy gantungkan di dahan pokok jambu. adakah cara ini betul? melihat saudara menanam di tengah panas, memeranjatkan saya. jika di tengah panas, bagaimana dengan kuantiti air nya? sila bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudari, maaf lambat reply. Abu membiat eksperimen dengan meletakkan di tempat panas. Hasilnya pokok strawberi memberikan hasil maksima dibawah sinaran matahari terus. Mamun begitu terdapat kelemahan pada sistem tersebit di mana ketika musim hujan kerana air berlebihan mengundang penyakit seperti akar masam dan kutu akar. Tetapi penyakit tersebut tidak menyerang anak generasi kedua yang lahir setelah @ ketika musim tersebut. Hasilnya anak-anak stawberi baru lebih tahan penyakit dan hasil buah yang sangat memberangsangkan

      Delete
  2. Baru menjengah hari ni..kebetulan nak cari informasi untuk tanaman strawberry... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/i snowinter, selamat menanam strawberi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. di mana nak dptkan benih @ pokok strawberi yg tahan cuaca pns ye

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, minggu lepas saya ada belu sepokok strawberry melalui pos.... Apabila sampai pokok kelihatan tidak bermaya walaupun daun masih hijau. Siram x lebih dan x kurang, pencahayaan yg baik tetapi tidak berlebihan.... Tetapi selepas 5 hari, pangkal sulur kehitaman dan kering.... Ada cara x utk saya RES. Q pokok tersebut

    ReplyDelete
  6. Oo sis saya pun baru nak belajar tanam pokok strawberi..

    ReplyDelete
  7. Pokok strawberry sy dh lebih 6bulan xberbunga/berbuah langsung.. knapa ye?? Tp sulur byk keluar.. hanya sulur je keluar.. tp bunga n buah xde.. knapa ye? Dh mcm mabuk sulur je.. anak pokok yg masih kecik pon keluar sulur baru gak... bleh taw mcm mane nk bg pkok berbunga n berbuah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang sulur2 Tu insyallah Akan mula mengeluarkan bunga..

      Delete
  8. Trima kasi share maklumat.sya bru beli pokok strawbery.tgk bunga dia lama ke lamanan bunga mati. Mcm mna tu admin?

    ReplyDelete
  9. Adakah baja yg tinggi K sesuai utk strawbery

    ReplyDelete
  10. Sy nak tanya Klau sy letak pokok di bawah jaring hitam tetapi terdedah dgn air hujan boleh ka?

    ReplyDelete
  11. sy br je bjinak nk menanam pokok strawberry tp daun nya layu n mati..so apa masalah nya

    ReplyDelete