Translate

Tuesday 21 May 2013

kebunku

Salam sejahtera semua.. Hari ini hari pertama aku bersama dengan dunia maya. Di entry ini saya mahu memperkenalkan tanaman- tanamanku di sekeliling rumah. Menjadikan pertanian sebagai hobi keluarga sememangnya amat menenangkan jiwa. Di entry-entry selanjutnya akan menceritakan satu persatu tentang taman di rumahku beserta cara penjagaan sebagai panduan pencinta keindahan alam. saya juga berharap kita semua dapat berkongsi maklumat sesama kita.

1. Pokok Pisang

Aku menanam pokok pisang setelah kelahiran anakku yang pertama iaitu Afrina Nazhan. pada mulanya pokok-pokok ini ditanam bagi menanam rambut anakku setelah bercukur (mengikut petua orang-orang  tua, menanam rambut di pangkal pokok pisang boleh menyejukkan anak disamping melebat dan mempercepatkan pertumbuhan rambut anak, Wallahhua'lam). 2 variety yang di tanam iaitu Pisang Abu dan Pisang berangan.

Pisang Abu/Batu

Benih pokok ini mertuaku dapatkan dari rumah saudaraku.(pokok pisang adalah sejenis tumbuhan yang sangat cepat membiak melalui percambahan anak pokok dari induknya).

Penjagaan

Pada permulaan penanaman anak pokok, lubang di korek berukuran 2 kaki x 2 kaki persegi sedalam lebih kurang 1 ke 1setengah kaki dalam. pokok disiram sekali sehari bagi menggalakkan pertumbuhan akar pokok.

Pembajaan

Untuk tumbesaran pokok aku menggunakan baja sebatian 12:12:12 bagi setiap 3 minggu. Baja di tabur sekitar 2 kaki dari pangkal pokok lebih kurang segenggam ke 2 genggam mengikut besar pokok (baja ini boleh didapati di kedai Peladang dan sesetengah kedai peralatan rumah(hardware). ketika pokok menghulurkan jantung, baja sebatian 15:15:15 digunakan untuk mendapatkan hasil buah yang besar. Pembajaan buah dilakukan setiap 3 minggu. Pada ketika ini, baja tumbesaran harus dihentikan.

Pemangkasan daun dan jantung

Daun pokok harus sentiasa diselenggara sekitar sebulan sekali bagi tujuan penggemukan pokok manakala jantung pisang di potong setelah buah berhenti  keluar (akan diupload gambar setelah pisang tersebut berhenti mengeluarkan buah)

*pokok ini adalah generasi ke empat(hehehe sekarang baru nak berjinak dengan internet so yg sebelum ni xsempat nak snap
jantung yang keluar sebesar peha orang dewasa

Gambar Penuh Pisang Abu

Juga di kenali dengan Pisang Batu

Pisang Berangan

 

Pokok Pisang Berangan

Cara penjagaan sama seperi Pokok Pisang Abu tetapi Pokok Pisang Berangan lebih kecil berbanding Pisang Abu.
Sekian, bersambung kita di entry selanjutnya.


No comments:

Post a Comment