Translate

Sunday 30 June 2013

memanceng

salam sejahtera semua,.. abu telah berkunjung ke jeti wak sempuh dan kelong nazri di sepang pada minggu lalu. hari ni kita akan bercerita sedikit pasal memancing nih..

Jeti Wak Sempuh

terletak di jalan bagan lalang, untuk yang baru pertama kali nak kesana sampai bagan lalang tanya org pasal jeti ni tersorok dan signboard ada kt depan jeti saja,,... hahaha abu sendiri pon sesat.. abu ke sana saja untuk suka-suka kononnya nak berjiinak dengan sukan memancing ni. 
sebelum ke sana, abu ada menjenguk ke blog-blog yang boleh tergugle, terima kasih ye encik google. tengok hasil-hasil ikan tidak mengecewakan. dengan bayaran RM4/jjoran, abu pon melabuhkan umpan di sana. abu cuma bawak umpan ikan kembong ngan udang mati. hasil pertama oleh sahabat abu, telah berjaya menaikkan anak belut,.. haha kami arwahkan belut tersebut dan dijadikan umpan. tapi malang ikan lain pon xmau makan.. liat gamaknya.. sudahnya, belut tersebut menjadi santapan kucing yang setia menemani kami dari kami sampai.
hasil dari joran abu, abu dapat menaikkan seekor ketam dan seekor ikan yang saiznya sebesar penampar budak darjah 2.. setelah seharian kami di sana, hanya itu rezeki kami.
jiran kami melaburkan duit dengan membeli umpan udang hidup dengan harga RM0.50 seekor malangnya tiada hasil berjaya dinaikkan. menurut kata, kalau nak memancing di laut@muara ni kena tengok hari dan masa, pasal kalau masa iar pasang besar dan bergelora, ikan kurang. kebetulan kami pergi air pasang besar, selebihnya begantung dari kurnia Allah yang Esa.
las2 kami balik makan megi ikan.. sodap gak

Kelong Nazri

sehari selepas ke jeti wak sempuh, kami mencuba ke kelong nazri pulak kat area golden palm resort. seorang RM40 nak duduk lama mana ikut suka.. nak pergi ke kelong ada shif, shif pagi seawal jam 8, shif kedua pukul 2, shif last bergantung pada orang malam(orang yang memancing shif malam) sehingga selewat jam 8.30 malam. jadi kalau nak balik, nak order makan, time tula bot akan sampai kat kelong
di kelong tersedia bilik, bekalan air bersih, elektrik dari generator dan tempat memasak. barang masak bawak sendiri. antara penghuni tetap di sana adalah buntal, dan todak.. itulah yang paling banyak stok kat situ. spesis lain yang mengunjungi ketika air sedang pasang dan ketika air sedang surut adalah pari, siakap, kerapu, jenahak, daun baru, dan abu bawak naik yu pasir(lepas balik pasal takde yang sanggup nk mkn).
jadi kisahnya, ikan lebih galak makan pada shif malam, elakkan air pasang besar, cek dulu carta air pasang surut sebelum  berkunjung ke sana. kalau air pasang besar, kita nak mancing pon payah, tali berjalan..

itulah sedikit sebanyak kisah abu di sana. untutk tali pancing kadar yang di cadangkan maksimum 50 paun, mata kail saiz 1 atau 1/10. batu bergantung pada air hari tu abu guna saiz 7 ngan 8. umpan, ikut nasib, haritu umpun-umpun ikan tak sentuh langsung. bagi sekor, angkat naik sekor jugak, udang biasa la rebutan ikan-ikan kecik jadi selalunya yang dapat kulit udang balik.. isi ikan ni banyak peminat, ikan-ikan besar kena la bersaing dengan ikan-ikan kecik..
yang lain bergantung pada nasib dan rezeki

Monday 17 June 2013

Anggur

Anggur adalah pendatang baru yang telah mendapat tempat dan mula dikomersialkan di Malaysia. Ladang Anggur terbesar di Malaysia adalah di tasik beris sik kedah. Mereka juga telah membuat ladang kedua juga di sik di Kg sungai senam.
Bagi kita anggur adalah satu tanaman yang hanya hidup di tempat sejuk sedangkan walaupun di luar negara, anggur mengeluarkan hasil pada musim panas dan pengeluar anggur untuk makan adalah dari timur tengah dan eropah. di negara-negara mat saleh, mereka mengkomersialkan anggur untuk pembuatan wain di mana ia adalah berbeza dari anggur yang kita makan. anggur wain mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi di mana ianya penting ketika menjalani proses penapaian wain. 
Di eropah, mereka menuai anggur wain pada musim sejuk/salji kerana gula yang membeku di dalam buah memberikan kualiti wain yang jauh lebih baik yang di tuai ketika musim panas.
berbalik kepada anggur di malaysia, antara jenis anggur yang diimport adalah sugaron, autumn royal, red seedless, black raisin di mana di supermarket telah dilabelkan seperti anggur australia, anggur us, dan lain-lain sedangkan pasaran asal adalah dari thailand dan china.
walaupun telah dikomersialkan di Malayasia, ladnag tersebut masih tidak dapat menampung permintaan pasaran di malaysia dan hanya sejenis anggur yang mengeluarkan hasil dengan banyak di sana. anggur hitam mengeluarkan hasil yang sedikit mungkin disebabkan faktor tanah dan cuaca di sana.
banyak kaedah boleh digunakan untuk pembiakan anggur dan cara yang paling mudah adalah melalui keratan batang.
melalui kaedah ini anak anggur akan mengeluarkan pucuk baru dalam tempoh 2 minggu. setelah pokok membesar, anggur harus dipangkas kerana anggur adalah spesis yang mengalami mabuk daun yang kuat kerana jika tidak dipangkas, hasil buah berkurangan di samping buah juga tidak membesar.
pembajaan anggur adalah mudah kerana boleh menggunakan baja pembesaran sebatian yang banyak terjual di malaysia. selalunya, hasil anggur mula diperolehi selepas 2 tahun ditanam.

Thursday 13 June 2013

stu/stew

salam semua, hari ini kita akan membincangkan tentang stu. Stu mula diperkenalkan di Malaysia oleh pendatang samada dari variasi Chinese ataupun English. Abu akan membuat sedikit review tentang stu mat saleh ini.
bagi abu, stu adalah masakan bagi orang yang kurang berkerajinan untuk memasak kerana asas stu hanyalah mencincang kasar dan mencampakkan ke dalam periuk@ tray sebelum dibiarkan di dalam oven untuk tempoh paling kurang 1 setengah jam.
bahan untuk stu juga tiada batasan. terpulang kepada selera kita dan bagaimana mahu memperasakan stu kita.

Bahan asas stu
 ayam@daging@tulang
Bawang putih
bawang merah
bawang besar
kentang
saderi

Cara-cara (1 hidangan)
5-8 ketul ayam@daging
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 batang saderi
1 batang lobak merah
1 biji tomato
stok ayam atau kiub pati ayam ( di Malaysia ni agak payah nk jumpa ready made chicken stock.. hmm)

untuk herba
lada hitam secukup rasa
thyme
bay leaf
paprika
daun ketumbar
cayenne pepper

dan herba juga tiada batasan mengikut citarasa kita

1. panaskan 4 sudu minyak zaitun dan goreng ayam sehingga keperangan
2. kisar satu ulas bawang putih, bawang merah, tomato dan sebiji bawang besar
3. Cincang kasar bahan-bahan selebihnya dan mmasukkan kedalam periuk
4. setelah ayam keperangan, masukkan ayam kedalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. tutup periuk dengan kerajang aluminium@aluminium foil dan lubangkan sedikit dengan garpu untuk membenarkan stim keluar.
5. masukkan kedalam oven pada 200 darjah selama 2jam.



Wednesday 12 June 2013

cerita dunia di mataku: roti lagi

cerita dunia di mataku: roti lagi: hari ni abu bt roti lagi pasal esk nk berposa.. jadi hari ni sempat abu ambik gmba.. sila la tengok ye semua. campuran selepas diuli ...

roti lagi

hari ni abu bt roti lagi pasal esk nk berposa.. jadi hari ni sempat abu ambik gmba.. sila la tengok ye semua.

campuran selepas diuli

doh yang telah naik

doh naik kali kedua dan terus di bakar

selepas 30 minit @ 180 selsius

gambar dari atas

Monday 10 June 2013

cerita dunia di mataku: STRAWBERI DI RUMAH

cerita dunia di mataku: STRAWBERI DI RUMAH: Salam sejahtera. hari ini baru admin berkesempatan untuk upload post baru kerana admin agak sibuk dengan kehadiran orang baru di dalam kelu...

cerita dunia di mataku: Roti

cerita dunia di mataku: Roti: Hari ini kita akan membincangkan makanan mat saleh yang telah mendapat tempat di negara kita. Sungguhpun makanan melayu juga mempunyai jeni...

cerita dunia di mataku: ROTI BENGGALI

cerita dunia di mataku: ROTI BENGGALI: loaf yang telah di potong Salam semua. Hari ini Abu nak berkongsi dengan semua tentang roti benggali yang  Abu buat semalam. Roti yan...

ROTI BENGGALI


loaf yang telah di potong
Salam semua. Hari ini Abu nak berkongsi dengan semua tentang roti benggali yang  Abu buat semalam. Roti yang amat mudah untuk di buat dan dikategorikan sebagai failproof.


Bahan-bahan (1 loaf)

2 cawan tepung roti@high protein

2 sudu gula

secubit garam

1 sudu shortening

1 sudu bread softener

1 sudu yis

1 cawan air suam@susu

cara-cara

1. masukkan gula, garam, dan yis kedalam air suam.
2. Campurkan tepung bersama-sama shortening dan bread softener dan gaulkan hingga sebati.
3. Setelah yis mengembang, masukkan campuran yis ke dalam campuran tepung dan mula menguli sehingga doh tidak melekit pada besen.
4. tutup besen dengan kain basah untuk tempoh satu jam bagi proses proofing.
5. Selepas 1 jam uli doh sekali lagi dan masukkan ke dalam acuan roti. (sekiranya kita tidak mahu membuat loaf, doh juga boleh digunakan untuk membuat roti berinti mengikut kesukaan masing-masing.
6. Biarkan doh naik sekali lagi dalam tempoh setengah jam-45 minit dan bakar di dalam oven pada suhu 190 celcius untuk 30 minit.

 Di sini Abu sertakan gambar loaf yang tengah bakar dan dah siap sahaja kerana gambar untuk campuran tepong dengan yis dan proses menguli jurukamera dalam pantang.. hehe. selamat mencuba
loaf masa tengah di bakar
loaf baru keluar oven

Sunday 2 June 2013

Roti

Hari ini kita akan membincangkan makanan mat saleh yang telah mendapat tempat di negara kita. Sungguhpun makanan melayu juga mempunyai jenis roti atau lebih dikenali sebagai lempeng ataupun di kampung admin "peknga".
Berbeza dengan lempeng, roti mat saleh terdapat bahan tambahan untuk proses proofing dan udara tambahan bagi tekstur roti yang lebih lembut.
Roti amat mudah di buat dengan keseluruhan masa minimum 2 jam untuk doh dan masa membakar adalah selama 30-45 minit. Untuk makluman semua, berbanding membeli roti yang telah siap, kita boleh menyediakan roti yang lebih sihat untuk santapan sendiri dan keluarga.

Tepung

Di Malaysia sekarang, banyak tepung roti yang telah diimport dan dijual samada di kedai peralatan kek mahupun di pasaraya. Jenis tepung pula banyak yang telah diperkenalkan.
Kebanyakan kedai kek hanya menyediakan dua jenis tepung untuk membuat roti iaitu high protein flour dan bread flour dengan purata harga RM3/kilo. Di pasaraya seperti Jusco dan Cold storage, menyediakan lebih banyak jenis tepung seperti tepung organik yang tidak di lunturkan, wholemeal, dan plain bread flour. Jenis lain yang dapat dilihat adalah dikisar dengan mesin dan dikisar secara tradisional tanpa bahan pengawet. Bagi jenis organik, harga minimum yang boleh kita perolehi adalah lingkungan RM10/kilo.

 Yis

Yis atau ragi satu bahan penting untuk membuat roti. Yis membantu doh kita dengan memberi sedikit rasa dan membantu memerangkap lebih udara untuk memberikan tekstur kepada roti kita.
Yis juga mempunai banyak jenis dan lebih mudah kita menggunakan mauripan yis kerana kebanyakan yis yang dijual di kedai kek dan pasaraya tidak memberikan hasil yang baik mungkin berada di rak terlalu lama.

 Asas

Bahan asas

Tepung   500g
yis         11g
gula       3tbs
secubit garam
susu@ air suam 350ml

bahan tambahan
1tbs bread softener
1tbs shortening

cara-cara membuat

1. Ambil air suam dan masukkan yis serta gula kedalam satu bekas untuk melihat yis hidup ataupun tidak.
2. Sediakan besen sederhana untuk menguli doh. Masukkan tepung bersama-sama dengan shortening dan bread softener dan gaul dengan tangan sehingga sebati.
3.  Setelah yis mengembang, masukkan semua bahan-bahan kedalam besen dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. sekiranya doh kelihatan kering, tambah air untuk mengimbangi kelembapan doh.  masa menguli bergantung iaitu lebih kurang 15-25 minit.
4. Setelah doh tidak lagi melekit, ambil tuala lembap dan tutup permukaan besen dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Selepas satu jam,  uli doh sekali lagi dan masukkan kedalam acuan. Selepas itu, biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang sejam lagi.
6. Selepas 1jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-220 c selama 35 minit.

Roti yang telah siap boleh didmpan didalam peti sejuk sehingga 1 bulan. Balut roti dengan clear wrap atau masukkan  kedalam bekas kedap udara.
Untuk panaskan roti semula, letakkan sedulang air ke dalam ketuhar dan letakkan roti di atas jaring. Panaskan roti dengan suhu 220c selama 10-15 minit.  

     

Saturday 1 June 2013

STRAWBERI DI RUMAH

Salam sejahtera. hari ini baru admin berkesempatan untuk upload post baru kerana admin agak sibuk dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga. Hari ini kita akan menyambung kembali cara penanaman strawberi di rumah bagi menyangkal bahawa pokok serabut ini hanya hidup di kawasan beriklim rendah.
Entry pertama dahulu admin telah berhenti di bab medium tanaman. hari ini kita akan berbincang tentang pembajaan dan pemangkasan pokok.

pokok yang dipangkas lebih mudah mengeluarkan sulur pokok dan berbunga

anak strawberi berusia 1 bulan setengah

cara paling mudah untuk penanaman strawberi


Pembajaan

Ketika mula di beli, admin dibekalkan dengan baja air untuk pembajaan strawberi oleh peladang tetapi setelah hampir setahun, baja air tersebut kurang memberikan hasil disamping pokok yang lambat membesar. setelah itu admin menggantikan baja air dengan baja sebatian 12:12:12 untuk pembesaran pokok dan baja sebatian 15:15:15 untuk penggalak buah. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan dengan sukatan lebih kurang setengah sudu teh.
Untuk pengetahuan semua, baja sebatian sangat kuat/panas dan akan menyebabkan pokok mati sekiranya overdose hihihih. Tambahan lagi, baja organik adalah baja terbaik untuk pokok strawberi untuk memperlihatkan hasil yang maksima.

Pengairan

Pokok strawberi memerlukan air yang banyak untuk hidup tetapi tidak boleh disiram berlebihan kerana ini akan meyebabkan akar pokok masam dan akan menyebabkan pokok mati disamping serangan kutu akar.
pokok strawberi harus di siram 2 kali sehari dengan kuantiti air lebih kurang secawan bagi setiap pokok. sekiranya hendak meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama seperti seminggu, siram pokok dengan air yang banyak dan letakkan pokok diibawah cahaya matahari penuh.

Pokok strawberi hendaklah diletakkan dibawah cahaya matahari penuh untuk mendapat hasil yang maksima. Pokok strawberi tahan cuaca panas dan tidak perlukan peneduh. untuk penanam strawberi, kesabaran amatlah diperlukan sehingga pokok matang setelah itu penjagaan hanyalah pada pembajaan dan pemangkasan.

Pemangkasan

Daun pokok harus dipangkas setiap bulan. Pokok strawberi tidak akan mengeluarkan buah dengan kuantiti daun yang banyak. Penyakit mabuk daun yang dihadapi oleh pokok strawberi boleh dielakkan dengan menetapkan bilangan daun pada pokok lebih kurang 9 daun maksima pada pokok. kekerapan memangkas akan memberikan anda kekerapan sulur bunga dan anak pokok dengan kerap.




buah telah masak hari ini

strawberi di atas rak tengah panas

\