Translate

Sunday 26 May 2013

petua

Salam sejahtera. Hari ini kita akan berkongsi amalan tua sebagai pengetahuan bersama.

Pening Kepala

Kerapkali pening@sakit kepala mengganggu kehidupan kita sama ada faktor cuaca, keadaan seperti stress mahupun penyakit seperti migrain. Sakit kepala kronik akan membuatkan kita bergantung harap pada perubatan moden. Walaupun kesan sampingan ubat moden seperti ponstan dan paracetamol mahupun ibuprofen telah kita ketahui dimana kesan paling ketara adalah kegagalan ubat tersebut mencerna di dalam sistem tubuh akan membuatkan kita menempah satu lagi penyakit baru apabila badan kita gagal bergandingan dengan ubat-ubatan tersebut.
berbalik kepada amalan tua, antara remedi yang boleh dijadikan amalan adalah limau nipis. hanya potong dan perah jus limau nipis ke kepala boleh mengurangkan kesakitan di samping menurunkan suhu tubuh. selain itu, penggunaan tumbuhan berkanji seperti daun lidah buaya, bunga raya putih, asam jawa dan duri tujuh dapat membantu mengurang dan penyembuhkan kesakitan jika dibuat berulangan. Cara guna adalah amat mudah dengan hanya meramaskan tumbuhan-tumbuhan tersebut bersama campuran air dan melumurkan ke kepala.
perlu diingatkan, sebelum kita membuat penawar tradisional, adalah amat digalakkan kita memeriksa kesihatan kita bagi memastikan penawar yang kita ambil bersesuaian dengan penyakit yang kita hadapi. Sekian kita akan bersambung pada entry yang berikut

petua

Amalan Tua

salam sejahtera. maafkan aku kerana lambat update post... Kedatangan rezeki dari Pencipta membuatkan aku sibuk seketika. Amalan orang tua-tua tidaklah wajar kita lupakan walaupun perubatan moden telah mendominasi dunia, tetapi amalan tua masih dapat memberikan kita harapan dikala kecemasan.

ehsan en Google

Sakit Perut

Sesuai untuk semua golongan, untuk mengubati sakit perut kronik akibat salah makan, kembung perut, cirit birit mahupun sembelit. ambil minyak gamat ataupun minyak panas, sapukan pada perut betis kemudian lakukan urutan dari belakang kepala lutut menghala ke buku lali sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Rasul-Allah S.A.W.  Lakukan urutan sekurang-kurangnya 5 minit dan ulangi lagi sekiranya masih terasa sakit.
Amalan ini sangat sesuai untuk dilakukan kepada anak-anak kecil mahupun bayi kerana amalan ini sememangya telah terbukti dari cahaya mataku sendiri yang telah ku buat dari bayi sehingga sekarang setiap kali selepas mandi.
untuk urutan pada perut, ibu bapa harus mempelajari cara urutan yang betul kerana mengurut tanpa teknik yang betul akan lebih memburukkan keadaan. untuk urutan pada perut, saya tidak dapat terangkan disini kerana teknik tersebut memerlukan latihan amali.
Perlu diingatkan, sekiranya kesakitan tidak berkurangan, rujuklah pada doktor kerana kita tidak mengetahui punca kesakitan anak kita jika mereka mengalami keracunan makanan. Kita hanya berikhtiar dan kepadaNyalah kita bertawakkal.
sekian sampai di sini kita akan berbincang perkara baru di entry selanjutnya.

Thursday 23 May 2013

Bersalin

Hari ini semalaman aku bersama yang tersayang di Hospital Putrajaya menunggu ketibaan cahaya mata keduaku... Debaran memang terasa dengan isteriku terpaksa di induce sebab dh overdue 6 hari.. Xbyk yg dpt diceritakan.. Hanya doa dan tawakal didalam dada..

Wednesday 22 May 2013

STRAWBERI

Minatku terhadap pokok berakar serabut ini timbul setelah aku pergi ke Cameron Highland pada tahun 2012. Minat ini timbul setelah aku ketahui banyak jenis yang di tanam di sana dan bukan hanya satu jenis. pada mulanya aku terpedaya dengan khabar angin mengatakan yang buah strawberi yang di makan di atas manis dan akan berubah menjadi masam setelah dibawa pulang. Jadi perjalananku ke sana tidak pernah aku membeli strawberi.
setelah aku berkahwin dan membawa keluargaku makan angin di sana, dan setelah aku melawat ke Healthy Strawberry Farm yang terletak di daerah brincang, telah membuka mataku. Aku mula menjalankan eksperimen sendiri untuk membiakkan baka strawberi di rumahku yang terletak di Seri Kembangan.
Dua percubaanku yang pertama gagal, anak strawberi cuma mampu bertahan selama 3 bulan dan setelah itu mula mati. aku tidak berputus asa dan terus mencuba supaya pokok ini boleh hidup di kawasan beriklim panas. percubaanku berhasil setelah percubaan ketiga dan aku berjaya mengenal pasti masalah yang timbul mengapa pokok-pokok aku mati.

Jenis Strawberi

Aku mulakan eksperimenku dengan strawberi variety dari jenis Holland dan Korean. untuk pengetahuan semua jenis Holland adalah lebih tahan lasak dan mudah hidup di kawasan beriklim panas dan tidak perlukan perhatian yang ekstrem. berbanding Korean, jenis ini agak manja dan mudah "pendek Umur" sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Jenis Holland juga mempunyai berjenis jenis klon antaranya jenis satu sulur satu buah dan jenis satu sulur banyak buah.
baka Holland satu sulur satu buah

baka Holland satu sulur satu buah-pokok matang
Bagi baka Korean, yang terdapat di Healthy Strawberi Farm hanya satu jenis iaitujenis satu sulur banyak buah.
baka Korean- Pokok muda

bunga baka Korean

putik buah Korean

lagi dari jenis Korean.
Pada hari post ini diupload, hanya baka korean yang galak berbunga manakala jenis Holland baru mengeluarka sulur (akan diupload setelah mereka berbunga dan berbuah).

Medium Tanaman

Pada permulaan, aku menggunakan medium fertigasi yang dibekalkan oleh peladang strawberi Cameron. setelah sedikit ujikaji dilakukan saya dapati medium fertigasi amat mudah dijangkiti kulat air dan menyebabkan kumbang pemakan akar bermaharajalela pada medium menyebabkan pokok amat mudah mati.
Penyelesaiannya adalah, sekiranya kita membeli pokok strawberi di Cameron ataupun di nursery-nursery, setelah dibawa pulang, tukarkan medium dengan tanah campuran (boleh didapati di nursery) yang dicampur dengan sedikit sabut kelapa. hasilnya anak pokok lebih cepat membesar dan tiada jangkitan kulat yang berlaku.
Tambahan lagi, pokok lebih mudah dijaga dan tidak perlu dimanjakan berlebihan.

 Tanaman

Anak-anak pokok yang baru di bawa pulang hendaklah diletakkan ditempat separa teduh lebih kurang 2 ke 3 minggu sebelum di ubah ke tempat panas sepenuhnya. Untuk pengetahuan semua, pokok strawberi amat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi setelah biasa dengan cuaca di rumah kita.
Pokok strawberi amat mudah membiak. Pokok yang membiak melalui kaedah sulur anak. Pokok strawberi akan mengeluarkan sulur anak setelah anak berumur lebih kurang 3 bulan. Bagi anak pokok yang dibawa dari Cameron, pokok akan mengeluarkan sulur setelah dijaga lebih kurang satu bulan.
sulur muda

sulur yang telah dimasukkan kedalam pasu cambah

 Setelah sulur mengeluarkan bibit akar dengan kadar 3 daun, anak pokok hendaklah dimasukkan ke dalam pasu cambah seperti dalam gambar di atas dan sulur boleh dipotong setelah berada dalam pasu cambah 2 ke 3 minggu. Anak pokok boleh di ubah ke pasu @ atas tanah untuk mempercepatkan pembesaran pokok. Untuk tips selanjutnya, kita akan bersambung di entry yang berikut.

Tuesday 21 May 2013

kebunku

Salam sejahtera semua.. Hari ini hari pertama aku bersama dengan dunia maya. Di entry ini saya mahu memperkenalkan tanaman- tanamanku di sekeliling rumah. Menjadikan pertanian sebagai hobi keluarga sememangnya amat menenangkan jiwa. Di entry-entry selanjutnya akan menceritakan satu persatu tentang taman di rumahku beserta cara penjagaan sebagai panduan pencinta keindahan alam. saya juga berharap kita semua dapat berkongsi maklumat sesama kita.

1. Pokok Pisang

Aku menanam pokok pisang setelah kelahiran anakku yang pertama iaitu Afrina Nazhan. pada mulanya pokok-pokok ini ditanam bagi menanam rambut anakku setelah bercukur (mengikut petua orang-orang  tua, menanam rambut di pangkal pokok pisang boleh menyejukkan anak disamping melebat dan mempercepatkan pertumbuhan rambut anak, Wallahhua'lam). 2 variety yang di tanam iaitu Pisang Abu dan Pisang berangan.

Pisang Abu/Batu

Benih pokok ini mertuaku dapatkan dari rumah saudaraku.(pokok pisang adalah sejenis tumbuhan yang sangat cepat membiak melalui percambahan anak pokok dari induknya).

Penjagaan

Pada permulaan penanaman anak pokok, lubang di korek berukuran 2 kaki x 2 kaki persegi sedalam lebih kurang 1 ke 1setengah kaki dalam. pokok disiram sekali sehari bagi menggalakkan pertumbuhan akar pokok.

Pembajaan

Untuk tumbesaran pokok aku menggunakan baja sebatian 12:12:12 bagi setiap 3 minggu. Baja di tabur sekitar 2 kaki dari pangkal pokok lebih kurang segenggam ke 2 genggam mengikut besar pokok (baja ini boleh didapati di kedai Peladang dan sesetengah kedai peralatan rumah(hardware). ketika pokok menghulurkan jantung, baja sebatian 15:15:15 digunakan untuk mendapatkan hasil buah yang besar. Pembajaan buah dilakukan setiap 3 minggu. Pada ketika ini, baja tumbesaran harus dihentikan.

Pemangkasan daun dan jantung

Daun pokok harus sentiasa diselenggara sekitar sebulan sekali bagi tujuan penggemukan pokok manakala jantung pisang di potong setelah buah berhenti  keluar (akan diupload gambar setelah pisang tersebut berhenti mengeluarkan buah)

*pokok ini adalah generasi ke empat(hehehe sekarang baru nak berjinak dengan internet so yg sebelum ni xsempat nak snap
jantung yang keluar sebesar peha orang dewasa

Gambar Penuh Pisang Abu

Juga di kenali dengan Pisang Batu

Pisang Berangan

 

Pokok Pisang Berangan

Cara penjagaan sama seperi Pokok Pisang Abu tetapi Pokok Pisang Berangan lebih kecil berbanding Pisang Abu.
Sekian, bersambung kita di entry selanjutnya.